Ogos 2021


Linkjoy | Another Link Shortener - 27 Ogos 2021

Deal πŸ‘‰ Linkjoy LTD | Exclusive Offer from AppSumo

Linkjoy ni dulu ada buat free LTD masa Black Friday 2020.

Rugi pula rasa tak grab banyak masa tu.

Sekarang tengah keluar di Appsumo.

Apa yang best Linkjoy?

Kita boleh buat 3 benda:

  1. Instagram profile
  2. Bio Profile, kira buat senarai link atau landing page. Macam-macam boleh buat.
  3. Link shortener. Sekarang saya guna YOURLS, tengah consider nak migrate.

Sementara masih terbuka peluang ni, boleh la dapatkan tawaran appsumo ni di pautan berikut:

πŸ‘‰ Linkjoy LTD | Exclusive Offer from AppSumo


2 Kelegaan Bulan Ni - 25 Ogos 2021

  1. Dapat potong rambut.
  2. Dapat derma darah.

Lama betul tak dapat potong rambut. Hampir 5 bulan.

Derma darah pun sama, kali terakhir bulan Januari. Derma ni pun sebab dapat panggilan dan juga SMS berkali-kali untuk datang menderma.

Mujur dah 2 dos vaksin, jadi kita terus menderma. Kalau tangguh lagi entah bila agaknya.

Moga setiap titisan darah itu dapat menyelamatkan nyawa yang memerlukannya.

Genap 10 kali derma darah.

Alhamdulillah.


Idea: Aplikasi Kebun & SOP - 23 Ogos 2021

Saya percaya di luar sana, banyak pengusaha tanaman yang menanam sayur-sayuran.

Tidak kurang juga ada yang baru hendak bermula menceburi bidang pertanian, khususnya tanaman cili.

Mereka sangat memerlukan maklumat penting terutama di era pandemik ini. Simpanan tunai harus dibelanjakan dengan cermat. 

Bila orang tanya, "susah ke tanam cili?"

Saya selalu akan balas, "susah kalau tak ada persediaan".

Persediaan satu hal, nak tahu kerenah dan juga respon hasil tanaman tu juga kita perlu amati.

Perancangan untuk buat aplikasi ni saya dah lama rancang. Hampir 1 tahun.

Lakaran dah ada. Cuma perlaksanaan terbantut.

Cuma ada beberapa halangan yang masih menyebabkan projek ni tidak bergerak.

  1. Masa. Disebabkan pendemik ini terpaksa multitasking. Jadi kesempatan tu kurang.
  2. Mencari partner. Bukan soul mate yang saya maksudkan.
  3. Pengesahan maklumat.

Saya berniaga, jadi masa dan tumpuan tu sedikit tersasar.

Apapun, dari hari ke hari saya tetap belajar benda baharu. Terutama topik yang saya minat, pengaturcaraan. 

Moga ada hasilnya yang dapat dituai akan datang insyaAllah. Moga Allah permudahkan. 


Tersalah Tarikh Kelas - 22 Ogos 2021

Kah! Punya bersemangat siap sedia bahan dengan mental fizikal untuk kelas online, rupanya bukan minggu ni.

Aduh!

Siap post kat Facebook Status. Ada kelas petang ni.

Mindset letak dalam kepala hari ahad ni, rupanya ahad depan.


Datuk Seri Ismail Sabri PM 9 - 20 Ogos 2021

Akhirnya keputusan ini masih memihak pada PN, ibarat tukar jenama pada botol sahaja.

Apapun, moga kerajaan ni terus berusaha untuk mengutamakan rakyat dalam keadaan sektor kesihatan yang masih tergugat dengan pandemik Covid-19.

Dine in pun dah dibenarkan.

Acara sukan dan riadah pun sudah banyak mula dilonggarkan.

Menuju ke arah herd immunity. 

Stay safe everyone. 

Video Lawak Hari Ini

Video ni memang lawak. Tapi puas hati tengok.

Kalau ada kat tempat pemandu tu pun memang akan buat benda sama ni. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Video bawah ni adalah berkenaan seorang pemandu yang cuba mengelak membayar tol.

Ketawa berdekah-dekah kereta hadapan tu memang kejam. Savage!

 


PM Letak Jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin - 16 Ogos 2021

Hari Isnin 16 Ogos 2021, sekali lagi kabinet Malaysia runtuh. 

Secara asasnya siapa pun yang akan mengambil alih pastinya akan mengharungi tugas sukar.

Ekonomi dikatakan ada peningkatan, tetapi banyak bisnes kecil sederhana sudah banyak yang kemuncup.

Ibarat ombak memukul pantai.

Saya tidak berpihak pada Abah Hang, tapi dalam tempoh genting ni kita tak nafikan ada beberapa menteri yang berfungsi dengan baik.

Terutama soal vaksinasi, meskipun mendapat pelbagai reaksi netizen, kini Malaysia sudah menghampiri herd immunity.

Meskipun sekarang tiada menteri dalam kabinet, sektor awam tetap berjalan seperti biasa sebab wujudnya ketua setiausah setiap kementerian.

Jadi, yang bermasalah dan bercakaran ni adalah orang politik. Orang politik datang dan pergi, itu biasa.

Kenyataan Media Istana Negara

Ini sebagai respon untuk apa yang berlaku dalam minggu ini.

PM caretaker sekarang dilantik oleh Baginda Yang Dipertuan Agong.

KSU sendiri dah sebut berkenaan perkara ini dalam kenyataan rasmi beliau.

Bagi yang tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan Perdana Menteri Caretaker ini boleh rujuk post di bawah.

Moga ada sinar Malaysia ku.

Fikri Mastor, Sepang. 17 Ogos 2021.


Penafian: Laman ini adalah laman yang menyiarkan kandungan catatan dan pendapat peribadi Fikri Mastor semata-mata. Mungkin boleh jadi leteran, bebelan atau rungutan bagi sesetengah pihak. Sebarang kerugian atau kemudaratan yang diperolehi dalam catatan ini, bukanlah tanggungjawab kami.